Sunday, 21 May 2017
MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN
NAMA SYARIKAT : AZIZPRO & PUYI ENTERPRISE
ALAMAT : NO23 KG PETAI JERING KOTA BHARU KELANTAN
NO TELEFON : 0124578902
EMAIL: ahmadaziz@gmail.com
TEMPAT PENGINAPAN
Lokasi : Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu
Kelebihan : Harga berpatutan, terdapat kolam mandi, kawasan lapang yang luas
Sesuai untuk: Keluarga, berbulan madu, family day atau rombongan
Lokasi : Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu Kelebihan : Harga berpatutan, terdapat kolam mandi, kawasan lapang yang luas Sesuai untuk: Keluarga, berbulan madu, family day atau rombongan Ulasan : Resort ini antara yang paling lama dan tersohor. Servis ok dan memuaskan. Suasana tepi pantai pasti memberi ketenangan dan kedamaian kepada anda semasa menginap disini. Kawasan disekitar resort luas
AKTIVITI MENARIK DI KELANTAN
Wau Bulan
Permainan wau sebagai salah satu permainan tradisional di Kelantan.Permainan ini biasanya dimainkan selepas musim menuai.Terdapat banyak jenis wau seperti wau jala budi,wau kucing,wau merak,wau bulan dan lain-lain lagi.Ianya boleh di dapati sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan.
Gasing

Terdapat dua jenis gasing yang biasanya dimainkan oleh masyarakat Kelantan iaitu Gasing Uri dan Gasing Pangkah.Gasing Uri dibuat daripada logam timah dan kayu merbau.Paksinya dibuat daripada besi dan kepalanya dibuat daripada tanduk kerbau supaya gasing itu lebih cantik.Manakala Gasing Pangkah pula diperbuat fari kayu keranji.Perusahaan ini terdapat di Kampung Ana Jal Besar,Tumpat,Kampung Gertak Kechupu,Kota Bharu dan Kampung Kubang Telaga,Bachok.

Wayang Kulit
Wayang Kulit merupakan sejenis permainan tradisi masyarakat Kelantan,biasanya diadakan di bangsal atau panggung lengkap dengan kumpulan muzik serta patung-patung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak.Tok Dalang merupakan orang yang melakonkan atau menggerakkan patung-patung wayang kulit mengikut kisah cerita yang hendak dipertunjukkan.Kisah cerita dalam permainan wayang kulit asalnya dari epik Hindu tetapi kini telah diubahsuai dengan kebudayaan melayu tempatan.Perusaan ini boleh didapati di Kampung Kemasin,Bachok,Kampung Pasir Chetok,Pasir Mas,Kampung Laut,Tumpat,Kampung Setek,Kota Bharu dan Kampung Sri Tanjong,Tumpat

Wednesday, 17 May 2017
Kuih Tahi Itik
Kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih ini disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur. Selepas itu, putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.
Kuih Lompat Tikam
Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti Kuih Lompat Tikam ini. Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih.
![]() |
MAKANAN YANG MENARIK
. Kuih Akok
Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis Kuih Akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan Akok Bunga yang dikenali juga sebagai Akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.
![]() |
Nasi Kerabu
Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, jeruk dan sayur atau ulam yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit.
Kampung Kraftangan

Muzium Islam

Muzium Diraja Istana Batu

TEMPAT MENARIK
Wakaf Che Yeh

Muzium Adat Istiadat Diraja
Muzium ini terletak di kawasan berdekatan pusat bandar Kota Bharu. Ia merupakan bangunan lama Istana Jahar yang menempatkan peralatan adat istiadat lama keluarga diraja Kelantan. Bahan pameran disusun mengikut tema, dan majlis tertentu seperti adat berkhatan, adat istiadat perkahwinan, adat naik buai, dan macam-macam lagi. Anda boleh memahami dengan lebih dekat budaya dan adat masyarakat di negeri Kelantan, khususnya kerabat diraja.

PETA NEGERI KELANTAN
Nama “Kelantan” dikatakan berasal daripada perkataan “gelam hutam”, iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa nama itu berpunca daripada perkataan “kilatan” atau “kolam tanah”. Selain itu negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.
Kelantan mempunyai keluasan 15,104.62 km2 dan terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, serta bersempadan dengan Thailand. Ibu negeri dan Bandar Diraja terletak di Kota Bahru
Subscribe to:
Posts (Atom)