Muzium Islam
Muzium Islam, satu lagi lokasi tempat menarik di Kota Bharu. Bangunan Muzium Islam ini adalah bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bangunan ini adalah salah sebuah bangunan yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang unik di bandar Kota Bharu
Muzium Diraja Istana Batu
Istana Batu. Agak pelik pada namanya, tetapi ia merupakan muzium yang amat bersejarah dan menjadi tarikan para pelancong, penyelidik dan juga penduduk tempatan untuk mengenali lebih dekat tentang kehidupan dan keluarga Di Raja Kelantan. Istana ini terletak di Jalan Hilir Kota iaitu berhampiran dengan Istana Balai Besar Kampung Kraftangan manakala bahagian belakang pula adalah Masjid Muhammadi Masjid Negeri.
No comments:
Post a Comment